Assalammualaikum
Perempuan harus la pandai memasak walaupun takdala pandai sangat atau bagus sangat dalam memasak ini. Tapi, ini adalah perkara yang penting sebelum korang nak jadi isteri orang. Perempuan zaman sekarang ini, seperti tidak mengendahkan hal ini dan mengambil remeh tentang memasak. Ada juga yang mengatakan tak semestinya perempuan yang pandai masak tu bagus sangat. Tetapi, itu kita tidak ambil kira, apa yang kita bincangkan hari ini bukan pasal tentang perangai seseorang tetapi kemahiran. So, judge la mereka dengan adil.
Mengapa hendak diburuk-burukkan mereka yang reti memasak dengan perangai mereka yang tidak elok? Adakah itu alasan kaum hawa untuk tidak reti nak memasak? Alasan untuk tak nak belajar memasak?
Tak kisah la, jika masakan kamu tidak selazat mana pun, asalkan kamu reti memasak. Practice makes perfect. Bila da lama memasak dan ada pengalaman sudah tentu masakan kamu juga akan menjadi lazat.
Kalau benda ini berterusan, saya pasti tidak ada lagi perkataan atau dialog yang berbunyi “Saya suka masakan mak saya”, “Saya rindu masakan mak saya” atau “Masakan mak saya adalah yang terbaik”. Mungkin pada masa akan datang dialog itu akan tertukar dengan “Saya suka masakan di restoran itu” dan sebagainya.
Ini akan berlaku pada masa akan datang jika kaum hawa sekarang ini, masih dengan ego mereka tak nak belajar masak. Jangan salahkan jika suami kamu kahwin dengan maid atau pembantu rumah kamu sendiri dek kerana masakannya, ataupun bercerai dengan kamu sebab tak tahan asyik-asyik nak makan dekat kedai, tauke balak pun boleh jadi botak dibuatnya.
Adakah pada masa akan datang kita dapat dengar anak-anak kecil atau remaja sekarang menyebut “Saya rindukan masakan mak saya”? Itu yang harus kita fikir-fikirkan.
Sekian.
{ 2 comments… read them below or add one }
setuju!
aizat recently posted..the handsome man with the dead
thank you!
Zaro recently posted..[Auto-Post] Spontaneous Sunday