Assalammualaikum

Perempuan harus la pandai memasak walaupun takdala pandai sangat atau bagus sangat dalam memasak ini. Tapi, ini adalah perkara yang penting sebelum korang nak jadi isteri orang. Perempuan zaman sekarang ini, seperti tidak mengendahkan hal ini dan mengambil remeh tentang memasak. Ada juga yang mengatakan tak semestinya perempuan yang pandai masak tu bagus sangat. Tetapi, itu kita tidak ambil kira, apa yang kita bincangkan hari ini bukan pasal tentang perangai seseorang tetapi kemahiran. So, judge la mereka dengan adil.

Mengapa hendak diburuk-burukkan mereka yang reti memasak dengan perangai mereka yang tidak elok? Adakah itu alasan kaum hawa untuk tidak reti nak memasak? Alasan untuk tak nak belajar memasak?

Tak kisah la, jika masakan kamu tidak selazat mana pun, asalkan kamu reti memasak. Practice makes perfect. Bila da lama memasak dan ada pengalaman sudah tentu masakan kamu juga akan menjadi lazat.

Kalau benda ini berterusan, saya pasti tidak ada lagi perkataan atau dialog yang berbunyi “Saya suka masakan mak saya”, “Saya rindu masakan mak saya” atau “Masakan mak saya adalah yang terbaik”. Mungkin pada masa akan datang dialog itu akan tertukar dengan “Saya suka masakan di restoran itu” dan sebagainya.

Ini akan berlaku pada masa akan datang jika kaum hawa sekarang ini, masih dengan ego mereka tak nak belajar masak. Jangan salahkan jika suami kamu kahwin dengan maid atau pembantu rumah kamu sendiri dek kerana masakannya, ataupun bercerai dengan kamu sebab tak tahan asyik-asyik nak makan dekat kedai, tauke balak pun boleh jadi botak dibuatnya.

Adakah pada masa akan datang kita dapat dengar anak-anak kecil atau remaja sekarang menyebut “Saya rindukan masakan mak saya”? Itu yang harus kita fikir-fikirkan.

Sekian.

{ 2 comments }


Cikgu Wan Blogger Gila

Cikgu Wan Blogger Gila

 

“ SAYA JOIN SEGMEN CUBA-CUBA SEO ANJURAN WANCIKGUMUZIK DAN DAPAT HADIAH HEADER VERSI RAMADAN DARI CIKGU MUZIK YANG GILA TUUHH..!! KLIK SINI KALAU NAK JOIN.”

 


KUALA LUMPUR -Cikgu Wan Blogger Gila? merupakan seorang blogger Malaysia telah menggemparkan dunia blog sekali lagi apabila beliau membuat segmen yang bertajuk Cikgu Wan Blogger Gila, Segmen SEO di blog beliau pagi tadi. Tujuan beliau membuat segmen itu adalah untuk mendedahkan para blogger Malaysia yang lain kepada penggunaan teknik SEO sekaligus, memberi manfaat dan secara tidak langsung blogger dapat belajar menggunakan teknik SEO.

Sebelum ini, Cikgu Wan juga pernah menggemparkan dunia blog apabila beliau telah difitnah sebagai seorang blogger gay selepas memberi komen yang agak kontroversi pada laman web terkenal iaitu Facebook tempoh hari, di mana post tersebut telah mendapat tempat yang teratas pada carian Google.

Segmen SEO oleh Cikgu Wan ini, telah meminta para peserta yang menyertainya memberi sebab mengapa mereka anggap Cikgu Wan adalah seorang blogger yang gila. Cikgu Wan bukanlah seorang blogger gila tetapi adalah seorang blogger yang kreatif kerana beliau membuat segmen yang menggalakkan para blogger untuk mencuba dan mempelajari teknik SEO dengan cara yang agak gila.

Selain itu, segmen tersebut juga memerlukan para peserta untuk meninggalkan link URL mereka diruangan komen beliau dan ping entry mereka ke Face. Setakat ini, apa yang boleh dilihat di blog Cikgu Wan, seramai 20 orang mencuba nasib mereka. Ini bermakna segmen yang dibuat oleh beliau mendapat sambutan daripada blogger lain.

Seterusnya, Cikgu Wan akan menentukan pemenang segmen tersebut dengan melihat siapa-siapa yang akan mendapat ranking pertama pada index Google apabila segmen ini akan tamat pada keesokan hari, iaitu pada hari Ahad bersamaan 24 Julai 2011 tepat pada pukul 9 malam nanti. Hanya satu pemenang akan diumumkan dan akan mendapat header versi Ramadhan yang beliau reka khas untuk pemenang segmen itu nanti.

Segmen ini lebih mengutamakan kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan teknik penggunaan SEO selaras dengan objektif Cikgu Wan membuat segmen itu iaitu mendedahkan kepada blogger untuk mencuba benda baru dengan cara yang menarik serta kompetitif dalam kalangan peserta. Ini juga dapat, meningkatkan kemahiran para blogger supaya lebih arif dan mengetahui untuk bermain-main dengan keyword dan teknik penggunaan SEO yang betul.

Secara keseluruhannya, Cikgu Wan memang merupakan seorang blogger gila kerana dapat membuat satu segmen yang bermanfaat kepada blogger lain berbanding kebanyakan segmen atau pertandingan yang biasa para blogger anjurkan. Oleh itu, amatlah diharapkan pada masa yang akan datang lebih banyak segmen-segmen seperti ini akan dibuat, bukan sahaja oleh Cikgu Wan tetapi juga blogger-blogger yang arif tentang penggunaan teknik SEO ini.

 

P.S.__: Maaf jika entry ini akan mengundang rasa tidak puas hati. Aku hanya mengarut, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar, harap komen dan nasihat dari yang pakar.

-Izzar^^-

{ 2 comments }

Marchantiaz Naik Pangkat

June 28, 2011

goolge pagerank

Akhirnya, pakcik google sudah update pagerank. Rasanya ramai blogger yang pagerank blog-blog diorang naik termasuk la blog aku ini. Tidak sangka blog aku yang tidak seberapa ini pun pakcik google naikkan pangkat jugak. Mungkin sesetengah korang tertanya apa itu pagerank. Pagerank ini lebih kurang macam pangkat yang diberikan pakcik Google .Pagerank dibahagikan PR1-PR10. Blog aku yang tidak seberapa ini baru dapat naik PR1 je. :) Kalau macam facebook itu confirm-confirm dapat PR10 punye lah. Kalau sesiapa nak check PR blog korang sendiri korang boleh pergi dekat website ini CheckerPR. Cara nak naikkan PR aku tidak tahu macam mana. Aku pun pelik jugak blog aku ni dinaikkan jadi PR1. :P

Antara kelebihan PageRank :

1. Website/blog akan cepat diindexkan dekat google.

2. Dapat layanan istimewa pakcik Google. Website/blog mudah dijumpai di Google seacrh.

3. Meningkatkan trafik dari google seacrh.

Ini saja yang aku dapat kongsi tentang Pagerank. Aku sendiri pun tidak tahu sangat tentang pagerank ini. Sekadar berkongsi apa yang aku tahu je. Selamat beramal. :)

{ 4 comments }

Salam semua,

Berakhir sudah drama Nora Elena dkt tv3. Episode akhir yang penuh dramatik. hehe. Dgn berakhirnya Nora Elena, slot akasia tv3 dah ade cerita baru untuk korang layan pulak iaitu Drama Dewa Cintaku. Drama Dewa Cintaku ni jugak diadaptasikan dari Novel. Mungkin antara korang yg dah penah bace novel muzikal karya Dilla Hussien ni. Pelakon Utama dalam drama ni ialah Iqram Dinzly dngn Fasha Sandha. Pasangn yg tgah hot ntah pasal ape ntah. hahaha. Tak pela ptg ni kita tgk Drama Dewa Cintaku ni same BEST dgn Drama Nora Elena ke x? Jangan lupa eh pkul 7 ptg setiap isnin hingga kamis. Best ke tak best kite tgk dlu mcm mne ptg ni. :)

Sinopsis Drama Dewa Cintaku

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya sebab dalam diam June pun memang menaruh hati pada iqbal. Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi mereka berdua ni nak kawin, Iqbal dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya. Kesudahannya?

Credit Sinopsis to Melvister Thank u bro. :)

{ 7 comments }

First of all,aku nak ucapkn trime kasih kpde smue blogger kerana disebabkn mereka pintu hati ak telah trbuka semula untuk kembali ke dlm dunia blogging..Dulu ak dah ade blog tp mne ntah ak da lpe da mne blog aku tu..trpaksa la create baru..xksh yg lme ke yg bru..asalkn korg sudi2 la bce blog ak ni eh..:)

Marchatiaz???Ape tu Marchantiaz??dari mane name tu ak dpt??sebenarnye nama btulnye Marchantia…zZ tu aku saje2 tmbh..Marchantia ni sjnis tumbuhan..aku pun xtau sgt psal marchantia..mgkin siapa2 yg ade blajo sains tu mgkin tau Marchantia ni mcm mne..Knape ak ambil name ni??Suka2 jew..ak pn xtau knpe ak ambil..lgpn kwn ak yg cadangkn name ni..ak rse mcm ok je..ak pn ambik..Ok la..ak rse smpai sni jela 1st post ak..nntikn la update2 dri ak ye..aku org baru dlm dunia blogging..klau ade salah silap tlg la btulkn ak eh..ak ni hnye mnusia biase yg xseringkali mmbuat silap..hrp korg dpt la mmbntu ak..W’salam….

{ 0 comments }

Restoran Toilet

June 18, 2011

Salam semua,

Tgah orang sibuk pasal SKMM block 10 website tu tiba2 aku terasa lapar plk. hehe. bio la diorang tu eh. aku nak bawak korang dekat sebuah restoran yang sangat best. Modern Toilet sebuah restoran yang mengunakan tandas sebagai theme restoran diorang. Restoran ni dekat Taiwan. Dah lama dah diorang beroperasi. Tempat duduk,pinggan mangkuk semua diorang guna theme toilet. korang nak tengok tak macam mana restoran tu? ke dah ade yang pernah pergi restoran tu? tak pe yang blum pernah tu aku bawa korang pergi restoran tu eh. Jommmm…….


Selamat datang…

Jemput duduk..:)

Selamat menjamu selera…

Ice cream? So delicious. Nyummy2…:)

P/S Macam mana best tak? hahahaha

{ 19 comments }

Salam semua,

Perghh. sekarang tgah panas sampai keluar news yg Anonymous akan hack website malaysia. Dah ade beberapa website yang kne hack da skrg. Aku malas mengulas pnjang tentang hal ni. Tujuan post aku kali ni, aku nak bagitahu korang sape anonymous yg nak hack website malaysia. aku pun tak nak cite sangat pun psal diorang nanti korang boring plk bace. hehehe. tapi aku share 1 video dengan korang pasal anonymous ni. Selamat Menonton…:):)




“Anonymous does not fight with weapons. Anonymous fights with knowledge.”

{ 4 comments }

Salam semua,

Malam tadi Precinct 3,Putrajaya dibanjiri ramai orang yang datang berkunjung untuk menyaksikan Konsert final Akademi Fantasia 9. Akhirnya, berakhir sudah musim Akademi Fantasia 9 yang dijuarai oleh Hazama. Hazama yang menyanyikan lagu Pukau dan Cinta Teragung telah dinobatkan sebagai juara musim terakhir Akademi Fantasia. Lagu Hazama ni boleh tahan la tapi telinga aku kurang sedap dengar lagu dia. hahaha. Fina,Azri n Lena pun boleh tahan best jugak. Aku no komen psal nyanyian diorg. Kalau nak dgr komen korang cari video dekat youtube persembahan finalis AF9 n dengar la pihak juri komen. hehehe.

Lagi satu korang tau tak yang astro ade buat PELARASAN harga pakej diorang. Memang aku sayang giler la dekat astro smpai aku rase nak g potong astro ni. hahaha. Korang tengok la harga yg telah dilaraskan oleh pihak Astro tapi harga ni efektif selepas 11 Julai 2011. Jadi korang boleh la ambik masa ni untuk pikir nak ambik pakej yang lagi besar or nak potong pun boleh je. hehehe. :P


(Sumber : Astro )

{ 3 comments }

Salam semua,

Aku ingatkan UNIFI tu dah ckup laju, rupa-rupanya ade lagi laju dari UNIFI ni. Kalau UNIFI speed dia smpai 20Mbps tapi syarikat ni sediakn internet berkelajuan tinggi sehingga 1000Mbps. Tak smpai 5minit 2,3 movie boleh download. :) Vasseti DataTech Berhad (VDT) sebuah syarikat dimiliki orang malaysia yang kurang terkenal berbanding TM net yg mmg rmai sudah kenal. Apa yang bestnye tentang syarikat ni dia menawarkan internet berkelajuan 1000Mbps dengan harga yg murah. Yang tak bestnye pulak kawasan yang ade perkhidmatan ni tak bnyak lagi dan mungkin jugak ade limit bandwith mcm UNIFI. Maklumat yg ade dlm website syarikat tu pun tak banyak. Kalau nak tau lebih lanjut bolehlah call diorang. Bagus ke tak aku tak pasti sebab tak ramai lagi yg pkai perkhidmatan ni.


 

(Pakej yang disediakan mereka

{ 0 comments }

Online Back!!!

June 9, 2011

Salam semua,

Kesian blog ni sudah 2 bulan kesunyian tanpa sebarang update. Sorry eh, aku sibuk sikit, lagipun ade msalah internet tapi sekarang rasenye free je kot. Lepas ni aku akan rajin2 diri untuk update blog selalu. hehe. Aku pun tak ade idea lagi nak tulis pape sekarang ni. Just nak inform je yang blog ni da kembali beroperasi semula. Ok la tu je la. Korang layan la video yang aku share ni..Daaa~~~ :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments }